Resepi Agar-Agar Santan Sirap Ros Mudah & Sedap | Creamy Rose-Flavored Coconut Jelly Recipe

 

Nak pencuci mulut yang mudah, cantik dan menyegarkan?

Agar-agar santan sirap ros ni memang pilihan terbaik. Gandingan santan lemak berkrim dengan aroma sirap ros menghasilkan rasa yang sangat menyelerakan. Resepi ni guna santan Ayam Brand untuk tekstur yang pekat dan rasa kelapa yang asli. Confirm puas hati makan sejuk-sejuk!

Looking for an easy, pretty, and refreshing dessert?
This rose-flavored coconut jelly is a must-try! It combines creamy coconut milk with the sweet floral aroma of rose syrup — perfect for any occasion. This version uses Ayam Brand coconut milk for that rich, authentic taste. Chill it before serving and enjoy!

Bahan-Bahan | Ingredients

  • 1 paket / 10 gram serbuk agar-agar
    1 packet / 10g agar-agar powder

  • 4 cawan air
    4 cups water

  • 1 cawan gula
    1 cup sugar

  • 200 ml santan Ayam Brand
    200 ml Ayam Brand coconut milk

  • 2 biji telur ayam
    2 eggs

  • Secubit garam
    A pinch of salt

  • Pewarna dan perisa ros
    Rose flavoring and pink coloring

  • 1 helai daun pandan, disimpul
    1 pandan leaf, knotted

Cara Membuat | Instructions

  1. Masukkan air, gula, serbuk agar-agar, pewarna ros, dan daun pandan ke dalam periuk. Kacau hingga larut dan rata.
    In a pot, add water, sugar, agar-agar powder, rose coloring/flavoring, and pandan leaf. Stir until everything dissolves.

  2. Didihkan campuran tadi atas api sederhana. Bila mendidih, keluarkan daun pandan.
    Bring the mixture to a boil. Once boiling, remove the pandan leaf.

  3. Dalam mangkuk lain, kacau santan bersama telur dan secubit garam.
    In a separate bowl, whisk coconut milk, eggs, and salt.

  4. Kecilkan api, tuang campuran santan ke dalam periuk agar-agar. Kacau perlahan hingga naik wap atau menggelegak sedikit.
    Lower the heat, pour the coconut mixture into the agar-agar mixture. Stir slowly until it just starts to simmer again.

  5. Tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan. Biarkan mengeras pada suhu bilik, kemudian simpan dalam peti sejuk.
    Pour into a slightly wet mould. Let it set at room temperature, then chill in the fridge.

Tips memasak agar-agar:

  • Guna loyang empat segi atau silikon supaya mudah dipotong.
  • Lagi sedap dimakan sejuk, terutama waktu cuaca panas!
  • Kacau berterusan selepas masukkan santan supaya tak berketul atau pecah minyak.
  • Guna santan kotak untuk rasa lebih lemak & mudah dikawal.
  • Jangan biar adunan mendidih selepas santan dimasukkan, nanti pecah.
  • Guna acuan comel atau lapisan jika nak nampak lebih menarik untuk hidangan majlis.

Selamat mencuba dan jangan lupa tag resepi ni kalau dah buat!
Enjoy and don’t forget to share your version if you try it!

Ulasan