Resepi Kek Pisang Moist Sukatan Cawan | Moist Banana Cake Recipe (Cup Measurement)

Nak kek pisang yang senang, moist, dan sedap giler?

Resepi ni khas untuk beginner — tak perlu mixer pun! Kek ni lembut, tak terlalu manis, tak muak, dan boleh siap dalam masa singkat je. Sesuai sangat nak buat untuk minum petang atau jualan. Nak hias topping dengan coklat, walnut, atau hirisan pisang pun boleh. Jom try!

Looking for an easy, super moist banana cake recipe?
This is a no-mixer-needed recipe that’s perfect for beginners! The cake turns out soft, not overly sweet, and absolutely delicious. Add your favorite toppings like chocolate chips, banana slices, or walnuts. Great for teatime or even for selling. Let’s bake!

Bahan-Bahan A | Ingredients A

  • 1 cawan minyak jagung
    1 cup corn oil

  • 4 biji telur gred A (atau 5 biji gred B)
    4 Grade A eggs (or 5 Grade B eggs)

  • 3/4 cawan gula perang
    3/4 cup brown sugar

  • 1/2 sudu teh garam halus
    1/2 tsp fine salt

  • 1 sudu besar jus lemon
    1 tbsp lemon juice

  • 1 cawan pisang berangan/raja yang dilenyek
    1 cup mashed banana (berangan or raja variety)

Bahan-Bahan B | Ingredients B

  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 1/2 cups self-raising flour ATAU / OR 1 1/2 cawan tepung gandum + 1 tsp serbuk penaik + 1/2 tsp soda bikarbonat

  • 1 1/2 cups all-purpose flour + 1 tsp baking powder + 1/2 tsp baking soda

Cara Penyediaan | Instructions

  1. Masukkan semua bahan A (kecuali pisang) ke dalam blender. Kisar hingga sebati dan gebu. Lepas tu, masukkan pisang dan blend sekejap je — dalam 3 saat, cukup.
    Put all ingredients A (except banana) into a blender. Blend until smooth and fluffy. Then add banana and blend for just 3 seconds — not too long.

  2. Dalam mangkuk besar, masukkan bahan B. Kalau guna tepung gandum, campur sekali dengan serbuk penaik dan soda bikarbonat.
    In a large bowl, add ingredients B. If using all-purpose flour, mix in baking powder and baking soda.

  3. Tuang bahan kisar ke dalam tepung dan kacau sebati. Masukkan ke dalam loyang atau acuan yang telah disapu marjerin. Boleh guna bekas aluminium foil untuk mudah. Taburkan topping kegemaran seperti hirisan pisang, coklat chip, atau walnut.
    Pour the blended mixture into the flour and mix well. Transfer to a greased baking pan. You can use an aluminium foil tray for convenience. Add toppings like banana slices, chocolate chips, or walnuts.

  4. Panaskan oven awal-awal. Bakar pada suhu 180°C selama 50–60 minit bergantung pada oven masing-masing. Uji dengan lidi — kalau keluar bersih, dah masak.
    Preheat your oven. Bake at 180°C (356°F) for 50–60 minutes, depending on your oven. Test with a skewer — if it comes out clean, it's done.


Selamat mencuba! Jangan lupa share kalau jadi moist dan gebu ya!

Enjoy baking! Let me know if it turns out soft and moist!

Tips Kek Pisang Senang, Moist & Sedap Giler:

  • Guna pisang masak ranum – Pisang yang dah hampir lembik (berbintik hitam di kulit) lebih manis dan wangi.
  • Lenyek pisang kasar-kasar – Bagi tekstur kek jadi lembap dan ada rasa “bite” pisang sebenar.
  • Guna minyak masak berbanding mentega – Minyak buat kek lebih moist dan tahan lama.
  • Jangan overmix adunan – Kacau cukup sekadar sebati saja, kalau overmix kek boleh jadi keras.
  • Tambah yogurt atau susu pekat manis (optional) – Bagi kek lebih moist dan berlemak.
  • Letak sedikit serbuk kayu manis atau esen pisang – Untuk aroma yang “meletup”.
  • Bakar suhu sederhana (160–170°C) – Supaya kek masak sekata dan tak kering.
  • Lepas bakar, biar sejuk atas redai – Kek tak ‘sweat’ dalam loyang dan tak jadi lembik bawah.

Nak lagi sedap? Campur coklat cip atau kacang walnut dalam adunan. Letak topping cream cheese pun padu!

Resepi Oleh: Suhasnida Ismail

Ulasan