Buat sendiri puas hati. Ramadhandah tak lama. Ni antara menu bertambah makan bila berbuka kesukaan seisi keluarga, kat bawah zie bagi resipi.
Cara Masak Nasi Cantik Berderai
- 3 cawan teh beras basmathi dicuci dan direndam dahulu selama 1/2jam atau lebih. Selepas itu rebus beras separuh masak dan toskan/sejat/tapis.
- Bahan Perapan:
- 1 ekor ayam dipotong empat dan cuci bersih.
- 2 sudu besar meat seosonning American BBQ (atau boleh guna rempah nasi arab untuk perap ayam)
- 2 sudu besar yogurt plain
- Gaul semua bahan diatas dan perap bersama ayam 1/2 jam atau lebih. Masuk dalam peti sejuk.
- Bahan Tumis:
- minyak sapi atau boleh juga guna minyak zaitun
- Rempah Empat sekawan
- 2 biji Limau kering (Loomy)
- 1 biji bawang besar dihiris
- 5 ulas bawang putih tak perlu hiris
- 1 tin kecil tomato pure
- 2 sudu besar penuh rempah nasi arab
- 1 sudu besar rempah (optional)
- Garam, serbuk perisa secukup rasa
Cara Memasak:
- Cairkan minyak sapi dan tumis bahan 4 sekawan, limau kering beberap saat. Masukkan bawang-bawang kacau hingga layu. Masuk pula rempah-rempah, kacau sekejap hingga terbit bau dan masukkan tomato puri kacau sebati.
- Masukkan bahagian ayam untuk masak bersama nasi. Tuang air hingga tenggelam ayam. Perisakan dengan garam, serbuk perasa dan biarkan ayam masak dalam kuah.
- Bila ayam dah masak, keluarkan sedikit kuah dan tambah air mengikut banyak kuah yang nak ini untuk jadikan sup. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

- Masukkan beras yang telah direbus awal tadi dan sukatan air dalam periuk lebih kurang paras ayam. Kacau perlahan-lahan beras, sebatikan bersama air rebusan ayam. Tuang sedikit bancuhan pewarna saffron, tabur daun ketumbar, dan hirisan lemon.


- Tutup periuk, teruskan masak dengan api penuh tapi yang paling perlahan hingga nasi masak. Siap.
Resepi Oleh: Aisyah Humaira





Ulasan
Catat Ulasan