Resepi Pasta Macaroni Goreng Simple Tapi Padu – Sesuai Untuk Jamuan Sekolah Anak!

 

🍝 Resepi Macaroni Goreng Berperisa – Sesuai Untuk Jamuan Sekolah Anak!

Stir-Fried Flavorful Macaroni – Perfect for Your Child’s School Party!

Sedang mencari idea menu yang mudah, sedap dan mengenyangkan untuk jamuan sekolah anak? Resepi Pasta Macaroni Goreng ini memang pilihan terbaik! Ia bukan sahaja ringkas disediakan, malah rasanya yang berkrim, pedas manis dan berempah pasti digemari oleh kanak-kanak mahupun guru. Sesuai juga dijadikan hidangan potluck, menu bekal atau jamuan ringkas di rumah.

Looking for a quick, delicious, and filling dish for your child’s school party? This Stir-Fried Macaroni Pasta Recipe is a perfect choice! It’s simple to prepare, full of flavor with creamy, sweet-spicy notes, and loved by both kids and teachers alike. Also ideal for potlucks, lunch boxes, or small home gatherings.

📝 Bahan-Bahan | Ingredients

Untuk Macaroni | For the Macaroni

  • 🍝 1 bungkus macaroni (1 packet macaroni)
    ➤ Direbus dalam air mendidih bersama 3 sudu besar minyak masak. Toskan dan bilas dengan air mengalir supaya tidak terlebih masak.
    ➤ Boil in water with 3 tablespoons of cooking oil. Drain and rinse under running water to prevent overcooking.

Bahan Perencah | Flavor Base

  1. ½ cawan kecil Marjerin SERI PELANGI
    ½ small cup of SERI PELANGI margarine

  2. 2 biji bawang Holland (dipotong dadu)
    2 Holland onions (diced)

  3. 1 biji tomato besar (dipotong kecil)
    1 large tomato (finely chopped)

  4. 3 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan disukai)
    3 tablespoons blended chili paste (adjust to desired spiciness)

  5. 4 sudu besar sos cili
    4 tablespoons chili sauce

  6. 2 sudu besar sos tiram
    2 tablespoons oyster sauce

  7. 1 tin sederhana tomato puri
    1 medium can of tomato puree

  8. 1 mangkuk kecil isi ayam (dihiris kecil)
    1 small bowl of chicken (thinly sliced)

  9. 1 peket hotdog (dihiris)
    1 packet of hotdogs (sliced)

  10. 2 bungkus kecil bebola ikan (dibelah dua)
    2 small packs of fishballs (halved)

  11. 3 kiub pati ayam
    3 chicken stock cubes

  12. 1 sudu kecil penuh serbuk lada putih
    1 heaping teaspoon of white pepper powder

  13. 1 biji capsicum merah (dipotong dadu)
    1 red bell pepper (diced)

  14. 1 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
    1 green bell pepper (diced)

  15. 1 biji capsicum kuning (dipotong dadu)
    1 yellow bell pepper (diced)

  16. Garam, gula dan air secukup rasa
    Salt, sugar, and water to taste

👩‍🍳 Cara Penyediaan | Cooking Instructions


  1. Panaskan kuali & tumis bahan.
    🌿 Cairkan marjerin dalam kuali. Tumis bawang hingga layu, kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga naik bau.

    🔥 Melt margarine in a wok. Sauté the onions until soft, then add chili paste. Cook until fragrant.

  2. Masukkan bahan sos & perasa.
    🍅 Tambah tomato, biar hancur. Masukkan sos tiram, sos cili, kiub pati ayam, garam dan gula. Kacau sebati.

    🍅 Add chopped tomatoes and let them soften. Mix in oyster sauce, chili sauce, chicken stock cubes, salt, and sugar. Stir well.

  1. Tambah protein & sayur.
    🍗 Masukkan ayam, hotdog dan fishball. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya. Masukkan lada benggala.

    🍗 Add chicken, hotdogs, and fishballs. Cook until the chicken is done. Add in diced bell peppers.

  2. Gabungkan dengan macaroni.
    🥘 Akhir sekali, masukkan macaroni rebus. Gaul rata sehingga sebati dengan bahan perencah.

    🥘 Finally, add the boiled macaroni. Stir everything together until well combined.

 

✅ Tips Resepi Macaroni Goreng Sedap:
1. Rebus Macaroni 
   - Jangan rebus terlalu lama, cukup sekadar lembut sedikit tapi masih kenyal (al dente).
   - Tambah sedikit minyak dan garam dalam air rebusan supaya tak melekat.

2. Tos dan Bilas Dengan Air Sejuk
   - Selepas toskan, bilas dengan air sejuk untuk hentikan proses memasak dan elak jadi lembik.

3. Guna Bahan Perencah yang Kaya Rasa
   - Tumis bawang besar, bawang putih, cili kisar/cili boh, dan rempah kari/sos tomato/sos cili.
   - Tambah serbuk lada hitam atau oregano untuk rasa ekstra.

4. Tambah Protein Pilihan
   - Isi ayam, daging kisar, sosej, seafood, atau telur – goreng hingga masak sebelum campur macaroni.

5. Sayur Sebagai Penambah Rasa & Tekstur
   - Tambah kobis, lobak merah, kacang panjang, atau capsicum untuk warna dan rangup.

6. Goreng Guna Api Sederhana Besar
   - Lepas semua bahan digaul, goreng seketika supaya bahan sebati dan macaroni sedikit ‘garing’ di luar.

7. Jangan Terlalu Banyak Air atau Sos
   - Macaroni goreng perlu sedikit kering tapi tidak terlalu kering – just nice.


Resepi Oleh: Aisyah Humaira

Ulasan