Namun, tidak semua orang boleh menikmati versi tradisionalnya yang mengandungi telur.
Sama ada kerana alahan, diet tertentu, atau atas sebab kesihatan.
Justeru, puding karamel tanpa telur menjadi alternatif yang bukan sahaja lebih sihat, malah tetap mengekalkan keenakan yang digemari ramai.
Kalau ada yang tanya mana sedap antara puding karamel yang guna telur dan tak guna telur ni. Pada Kak M dua-dua sedap. Mungkin sebab kak M memang penggemar dessert kot. Terpulang selera masing-masing. Kalau rasa puas hati nanti boleh la buat untuk tetamu pulak. Serious tak menyesal cuba resepi ni.
Bahan-Bahan.
Bahan Untuk Gula Karamel –
- 5 sudu besar gula
Bahan Untuk Puding
- 1 paket agar-agar (10g)
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 4 mug air
- 2-3 titis stevia (resepi asal guna 3/4 cawan gula)
- 3 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara Penyediaan:
Cara Untuk Gula Karamel
1. Panaskan gula dalam loyang atas api perlahan hingga gula jadi keperangan.
2. Goyangkan loyang supaya gula caramel tadi sekata di sekeliling Loyang, ketepikan (kak M guna loyang saiz 8 inci).
3. Satukan semua bahan untuk puding dalam periuk. Kacau bahan-bahan tadi atas api sederhana guna whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul tau.
4. Kacau hingga adunan mendidih dan sedikit pekat. Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 3-4 jam sebelum dimakan.
Tips:
- Berikut tips untuk hasilkan Puding Karamel Tanpa Telur yang cair di mulut, licin dan tak berbau hanyir:
- Guna susu penuh krim atau susu cair berkualiti
- Ini beri tekstur lemak berkrim & rasa lebih kaya.
- Tepung jagung sebagai pemekat ganti telur
- Campur secukupnya agar puding pejal lembut, bukan keras.
- Masak adunan perlahan & kacau tanpa henti
- Elak berketul & pastikan tak hangus di dasar periuk.
- Tapiskan adunan sebelum tuang ke loyang
- Dapatkan tekstur lebih halus dan lembut bila dimakan.
- Karamel: Guna api sederhana & jangan kacau
- Biarkan gula cair dan perang sendiri untuk karamel cantik & pahit manis.
- Tuang karamel dalam loyang dahulu, biar sejuk sikit
- Supaya karamel tak bercampur terus dengan adunan puding.
- Tuang adunan perlahan-lahan atas karamel
- Elak karamel pecah atau bercampur.
- Sejukkan suhu bilik dahulu, baru simpan dalam peti sejuk
- Supaya puding ‘set’ sempurna & tak berair.
- Simpan dalam peti sejuk minimum 4 jam sebelum terbalikkan
- Puding lebih kukuh & karamel cantik mengalir bila dibalikkan.
Resepi Oleh: Marina Ismail




Ulasan
Catat Ulasan