Resepi Puding Lumut Butter Kegilaan Ramai

Resepi Puding Lumut Butter Dalam Acuan Comel

Menu petang ni, sejak beli acuan baru yang comel-comel ni mood rajin nak buat macam-macam. Semalam buat apam susu, hari ni saya try buat puding pulak. Jom tengok.

Bahan Untuk Lapisan Lumut:

  • 2 biji telur
  • 1 kotak kecik santan 200 ml
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula (yang ni boleh adjust ikut manis yang disukai)
  • 1/2 sudu besar garam halus
  • Semua bahan-bahan di atas campur sekali, kacau dan sebatikan.
  • 1 bungkus agar-agar serbuk
  • Pewarna hijau & sedikit perasa pandan

Cara Buat:

1. Masukkan semua bahan-bahan di atas dan kacau supaya sebati semuanya. Tuang ke dalam periuk dan masak lah di atas dapur, api kecik ye dan kacau sehingga mendidih.

2. Bila dah mendidih tutup api dan ketepikan sebentar supaya sejuk sedikit. Bila dah sejuk sedikit tuanglah ke dalam acuan atau loyang yang disukai. Ketepikan.

Bahan Untuk Lapisan Butter:

  • 100 gm butter (cairkan)
  • 3 biji kuning telur sahaja
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 peket agar-agar serbuk
  • 3 cawan air

Cara Membuat:

3. Masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali agar-agar dan air ke dalam bekas. Gaul sehingga sebati dan tidak berketul, ketepikan. Ambil periuk, masukkan air dan serbuk agar-agar dan masak guna api kecik sehingga mendidih.

4. Tutup api sebentar, tuang bancuhan butter tadi ke dalam periuk agar-agar dan buka api semula. Masak sehingga mendidih guna api kecik, kacau-kacau sehingga masak kemudian tutup api dan angkat.Ayam masak kicap

5. Bolehlah tuang adunan butter ke atas lapisan lumut tadi perlahan-lahan. Setelah habis, boleh lah sejukkan di dalam peti sejuk sehingga puding mengeras. Siap! boleh dipotong atau keluarkan dari acuan untuk dinikmati sejuk-sejuk.

Berikut tips untuk hasilkan Puding Lumut Butter dalam acuan comel supaya cantik, tak mudah pecah dan rasa lemak sedap:

1. Gunakan santan pekat & butter sebenar  

   Santan segar dan mentega tulen beri rasa lemak berkrim & bau wangi asli.

2. Pastikan adunan sebati sebelum masak  

   Kacau rata agar telur tak berketul & bahan tercampur sempurna.

3. Tapis adunan sebelum masuk periuk  

   Untuk tekstur lebih halus dan licin.

4. Guna api sederhana rendah  

   Masak perlahan sambil kacau agar tak berketul atau hangus di dasar.

5. Kacau sentiasa hingga nampak berketul  

   Bila tekstur jadi lumut (pecah-pecah cantik), tanda dah cukup masak.

6. Guna acuan kecil & comel  

   Bagi nampak menarik & sesuai untuk hidang individu. Sapu sedikit air dalam acuan untuk mudah keluarkan.

7. Biarkan sejuk suhu bilik dahulu  

   Baru simpan dalam peti sejuk agar puding tak ‘sweating’ atau jadi berair.

8. Sejukkan 3-4 jam sebelum hidang  

   Lebih sedap bila dimakan sejuk & tekstur lebih pejal.

Resepi Oleh: Syana Anuya Manmad

Ulasan