Pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar, baru sahaja melalui detik paling manis dan menyentuh hati dalam hidupnya apabila menerima berita kelahiran anak lelaki.
Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Fizo menerusi hantaran di instagram, menitipkan rasa syukur bayi lelaki yang dilahirkan oleh isterinya Fazeera yang seberat 3.52 kilogram itu dipermudahkan Allah SWT.
Akui sukar menggambarkan perasaannya ketika melihat zuriatnya sendiri dilahirkan, Fizo turut menitipkan rasa bangga kepada isterinya yang banyak berkorban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat hamil dan dalam masa yang sama menyambung pelajaran dalam peringkat Masters di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dibanjiri Ucapan Tahniah Netizen & Rakan Selebriti
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti dilihat menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran bayi lelaki ini.
Sekadar info, Fizo Omar mendirikan rumah tangga bersama Fazeera pada 21 Oktober 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Fizo turut mempunyai seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinan terdahulu bersama usahawan, Mawar Karim iaitu Wan Maryam.
Sumber: IG Fizo Omar
Ulasan
Catat Ulasan