Kuih Koleh Kacang Terengganu Asli – Resipi Tradisional Lemak Manis Berpati Santan

Kuih koleh kacang adalah salah satu warisan manisan tradisional Terengganu yang kaya dengan rasa lemak manis santan dan aroma gula merah. Teksturnya yang lembut dan berkilat, ditambah dengan taburan tahi minyak di atasnya, menjadikan kuih ini kegemaran ramai, terutama dalam majlis kenduri atau sebagai juadah berbuka puasa.




๐Ÿงพ Bahan-Bahan

Bahan A: Taik Minyak atau Pati Santan

  • Santan segar 1 1/2 biji kelapa
  • Garam 1/2 sk

Cara Membuatnya: Santan 1 1/2 biji kelapa segar dicampurkan dengan 1/2 sk garam masak hingga santan kering dan jadi taik minyak. Ini mengambil masa sekitar 1 ke 1 1/2 jam. Ketepikan. Hati-hati jangan sampai hangus nanti rasa pahit.

Bahan B:

  • Tepung kacang hijau Cap Bunga Rose 400g (disangai dahulu dalam kuali antara 5 ke 7 minit supaya tepung lebih wangi)
  • Santan 2 kotak (400ml) kalau nak lemak lagi guna kelapa segar
  • Air 1 liter
  • Minyak Kelapa 6sb (minyak ini terhasil daripada taik minyak)
  • campurkan semua bahan diatas dan kacau rata.

Bahan C:

  • Gula Merah 250g (kalau suka manis boleh campur gula putih untuk lebih manis)
  • Nisang 3/4 keping besar
  • Daun pandan 2 helai
  • Air 300ml

Air gula dan nisang dicampur air dan masak hingga cair. Ketepikan.

Cara Membuatnya:

1. Campurkan bahan B dan C, gaul rata bila sebati supaya tidak berketul. Masukkan dalam kuali (non stick) mudah supaya tidak melekat. Masak hingga tepung jadi pekat dan licin, menandakan tepung sudah masak. Jangan masak terlalu lama nanti koleh jadi keras.


2. Selepas itu pindahkan ke dalam loyang. Bila sejuk sedikit, taburkan bahan A (taik minyak) dan biarkan ia menjadi keras dan boleh dimasukkan dalam peti ais sebelum dipotong. Siap dan selamat mencuba.

 Tips untuk Kuih Koleh Kacang yang Sempurna

  1. Gunakan Santan Pekat Asli: Santan pekat memberikan rasa lemak yang lebih kaya dan tekstur yang lembut pada kuih.
  2. Kacau Tanpa Henti: Semasa memasak adunan, kacau tanpa henti untuk mengelakkan adunan berketul dan memastikan tekstur yang halus.
  3. Masak dengan Api Perlahan: Gunakan api perlahan semasa membuat tahi minyak dan memasak adunan untuk mengelakkan hangit dan memastikan warna yang cantik.

Sejukkan Sepenuhnya Sebelum Memotong: Pastikan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang kemas dan tidak melekat.

Simpan dalam Peti Sejuk: Kuih koleh kacang boleh disimpan dalam peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama.

Resipi Oleh: Muliadi Ramli

Ulasan